Untitled

Hari ni masa atas motor menitis air mata bila teringatkan mesej2 yang dibaca penuh hemah semalam..setiap  ayat kutelitikan supaya tidak ada tertinggal perkataan sepatah pun..sebab pada aku nilai pada perkataan tu sgt mahal...penuh erti dan kasih sayang..macam2 yang aku tanggapkan walaupun situasi nya belum cukup meyakinkan...entah kenapa berat benar berfikir ke arah negatif..mungkin dah banyak duka yang kulalui sepanjang 21 tahun mengembara..ramai manusia yang aku jumpa.dunia penuh hipokrasi dan manusia berwajah talam terlalu ramai...mungkin agak pedas dan terlalu direct tapi cukuplah aku deskripsikan rencah hidup yg terlalu payah ni..aku dicari,aku dibuang,aku ditindas..semuanya sudah cukup "perisanya"..bukan tidak mahu mengambil tindakan tapi apakah aku sendiri akan redha dgn setiap pembalasan yang aku rencanakan? adakah aku akan berpuas hati bila semuanya sudah terbalas? jawapannya tidak..aku ni penuh dengan sifat serba salah walaupun tidak sama skali aku cuba membalas..terkadang aku terasa bodoh diperlakukan macam tu terus menerus..tapi biarkanlah..aku patut pelihara anugerah Allah yang satu ni..sifat SABAR..

terimbau balik masa arwah abah meninggal..terlalu byk pesanan dititipkan supaya aku terus tawaduk berbuat baik walaupun diperlakukan buruk..kadang2 menangis hati kecil ni bila terbisiknya pesanan ni kat telinga aku..jika dibandingkan aku dgn abah..pemberatnya arwah abah lebih menanggung seksa yang terlalu payah..sampaikan akhir hayatnya pun masih diduga hebat..aku sedar aku tidak sekuat abah..sakit tapi masih mampu tersenyum semata2 nak pastikan aku adik beradik tak terasa janggal berada dgn abah..walaupun pada ketika ini, aku masih jelas macam mana abah diperlakukan manusia tak berhati perut..satu persatu langkah disusun supaya abah rebah tidak bermaya..air mata ni dah lama jadi peneman setia walaupun selalu terukir senyuman wajah menutup semuanya..aku REDHA ya Allah..

sekarang aku dah besar..mungkin dah semakin baik untuk memahami kesakitan orang lain..jika ditakdirkan pada masa ini arwah abah hilang dari pandangan mata mungkin akan lagi terkesan agaknya..hurm..ye memang payah hidup takde ayah ni..tapi apa nak buat..aku redha..mungkin ada perantara lain yang Allah akan gantikan buatku...dan ye..aku sangat2 optimis...

sampai la satu masa..ditakdirkan Allah aku berkenalan dengan seorang insan yang layaknya digelar seorang abang..awal perkenalan macam ragu2 nak diteruskan..bukan sebab ape..rasa macam tak sedia langsung untuk terima abang baru..ye la..sebelum ni ada jugak abang angkat tapi entah kemana pergi menghilang..nak dicerita pnjang sangat tapi ringkasnya setelah budi ditabur ini kot balasan setimpal dengan layanan yang aku sekeluarga berikan..biarlah..aku redha..dia dituduh jadi pengedar terlarang walhal sangat baik budi bicaranya..hurm dunia.....yang tak bersalah sering dipersalahkan..

23 Oktober..satu lagi tarikh penting dalam hidup aku..kunukilkan satu penulisan berbaur kerinduan pada insan bergelar ayah dalam satu entri blog..mungkin ada ramai yang tersentuh dengan penulisan keanak anakan ku yg terlalu merindukan belaian seorang ayah..aku tak petah berkata2..tu sebab aku menaip sebab semua yang terbuku bakal terluah..dalam byk2 tu aku terpanggil nak reply komen dari sorg bro ni..tergerak hati sangat2..seigtnya aku p blog hami ashraf dan aku terjumpa blog dia..aku saja drop komen..dijadikan cerita terbalas juga bila dia komen camni..

"beb, jom kite lepak2, share suka duka :-(" .........(OCTOBER 23)

permulaan kenalan tak berapa baik sebab aku rasa tak siap untuk berkenalan..mungkin kenangan lepas byk buat aku lebih berhati2 nak percaya kat orang..depan mata pun boleh hilang inikan pulak kenal dari alam virtual..MUSTAHIL!! aku diamkan diri beberapa ketika..entah kenapa rasa tak baik sangat2 layan orang camtu..sepatutnya aku membuka selebar2 peluang untuk seseorang lebih mengenali aku...dan mungkin dia ada cerita yang nak dikongsi dan memilih aku sebagai pendengar setia..

hari demi hari aku makin mengenali seorang insan yang lengkapnya dipanggil ABANG..tidak pernah rasanya menjangka begitu cepat rasanya mengenal hati budi..dan aku rasakan sangat2 seronok..pada mulanya aku sekadar mahu menganggapnya sebagai kawan je..satu hari hajat abang nak mengambil aku sebagai adik angkat kutolak..dan aku tahu keputusan tu membuatnye sedih..ternyata benar..kenapa aku terlalu cepat membuat keputusan seolah2 menghukum terlalu awal tanpa sebarang peluang kuberi..akhirnya aku setuju

dan pada hari selasa lepas..hari ulang tahun pertama perkenalan kami...simpe je sms dihantar..tapi padaku sangat2 bermakna..

"SELAMAT ULANGTAHUN PERSAHABATAN, ABANG SAYANG KAMU"

dalam proses mengenali mungkin ada cacat celanya..mungkin ada salah faham..mungkin ada bertikam lidah..mungkin ada yg terasa hati..mungkin ada air mata mula ditangisi..dan semalam..ku baca semula mesej2 yang dihantar..tak sangka begitu indah perkenalan dengan insan bergelar ABANG..sampaikan tidak sedar aku menangis kerana terasa sangat seronok berada dekat dengan abang apatah lagi dapat memanggilnya sebagai ABANG..runtun juga hatiku semalam bila abang memberi amanah seolah2 tidak ada lagi rasanya peluang untuk aku berada dekat terus dengannya..aku tahu abang tak berapa sihat dan penat tapi digigihkan hatinya untuk membuat aku ketawa dan berada dalam keadaan yang baik..mungkin alasannya supaya aku tidak berasa sedih dan hanya mahu melihat aku gembira sentiasa..apa yg membuat aku sedih sebab aku tidak mampu membantu sedikitpun untuk meringankan bebanannya..apatah lagi dari segi kewangan..hurm..maafkan caer abang

ABANG..hari2 kuseru panggilan ini..tanda rasa kasih dan penghormatan buat insan yang penuh kasih sayang..yang selalu memastikan aku melakukan yg terbaik untuk orang2 sekeliling terutama buat family..mungkin penulisanku takkan seindah pengalaman sebenar bersama abang..tapi biarlah ada satu benda yang boleh abang baca dan disimpan semuanya..mungkin untuk hari ini dan selamanya..syukur ya Allah kerana mengurniakan aku anugerah yang sangat bernilai..doaku supaya abg berbahagia selalu dan dipermudahkan segala urusannya..caer sayang abang..terima kasih abang kerana memilih caer untuk menjadi seorang adik yang boleh berbakti pada abang..kalau hari ini caer jatuh..bimbinglah caer agar caer kembali bangun...sayang abang

No comments: